Monday, December 7, 2009

Rasopariso untuk peminat XPDC




Judul Album: XPDC Reunion Rasopariso

Artis: XPDC

Konsep Muzik: Heavy Metal, Rock

Edaran: Life Records

KOMEN: Rasopariso yang bermaksud budi baik merupakan album terbaru XPDC yang mengandungi sembilan buah lagu selepas empat anggota asal kumpulan ini bergabung semula.

Dimulakan dengan lagu Sanasinisamasaja yang berentak heavy metal, album ini terus menampilkan kesinambungan konsep muzik yang berteraskan heavy metal dan moderate.

Daripada segi melodi terutamanya riff gitar yang diutarakan dalam album ini masih lagi berat dan ia mengekalkan identiti XPDC di kalangan penggemar mereka dalam genre muzik sebegitu sejak dulu.

Turut dimuatkan empat lagu lama XPDC berjudul Raja Kertas, Talam Dua Muka, Bahalol dan Tak Nak Jadi Soh Chai yang diadun semula dalam versi lebih keras.

Malah, album ini turut menampilkan cakera video XPDC yang memaparkan kronologi mereka dari 1989 hingga 2010.

Bagi para peminat XPDC album ini wajib dimiliki kerana ia tidak mengecewakan daripada segi lagu serta konsep muzik mereka yang masih utuh sama seperti dulu. Tepat seperti judul album ini, XPDC seakan-akan mahu terus ‘berbudi’ kepada para peminat yang menyokong mereka selama ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: