|
Tapi sekarang ini zaman teknologi canggih, segala komentar hanya di hujung jar sajai. Tak perlu on kompoter pun. Dah banyak yang menggunakan smartphone sekarang ini. Sambil menonton sambil bergosip. "Apa ni Anugerah Skrin. Macam menonton penyampaian hadiah sekolah dan majlis membaca skrip." Itulah mesej awal yang Mangga Muda terima daripada Black Berry Mesenger. Pengirimnya bekas room mate Mangga Muda masa belajar di institusi dulu. Dia memang tak pernah involved dalam bidang seni, sebaliknya menjadi pemerhati sahaja. Semasa Anugerah Skrin berlangsung, bertalu-talu juga mesej yang diterima dalam laman sosial popular Facebook. Banyak sungguh yang setuju dengan pandangan kawan Mangga Muda tu. Ada yang macam tak percaya rancangan yang sedang mereka tonton itu ialah Anugerah Skrin. Macam tak percaya itu rancangan kelolaan Afdlin Shauki dan Fara Fauzana. "Nampak sangat tak cukup preparation," kata salah seorang pengirim mesej. Ada juga yang kelakar dengan aksi Rozita Che Wan yang salah menyebut nama Ida Nerina dengan sebutan Ide Nerina. Macam dia tak pernah dengar pulak nama Ida yang menang pelakon pembantu wanita terbaik filem malam itu. Tema 1001 Malam Arabian Night pun rasa macam tak menjadi pula. Bukan semua artis datang dalam konsep sedemikian. So jadi cacamarba lah bila ada pakai macam pahlawan Arab dan ramai yang datang dalam gaya biasa sahaja. |
Monday, December 7, 2009
Anugerah Skrin 2009 tak menjadi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bosannya menonton Anugerah Skrin 2009. Mangga Muda bukan nak mengata, tapi itulah antara gosip hangat sepanjang menonton Anugerah Skrin TV3 Jumaat lalu. Mangga Muda pada masa itu menonton di kampung sebab sedang bercuti.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: