Monday, December 7, 2009

Penyelesaian jangka panjang flat usang


RAJA NONG CHIK menanam pokok pada majlis pelancaran Program Gerakan Tumpuan Kawasan Brickfields di Kuala Lumpur.



KERATAN Kosmo! 24 November 2009


KUALA LUMPUR - Satu penyelesaian jangka panjang dirangka bagi mengatasi masalah isu flat usang dan mencemarkan pemandangan di sekitar ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia kemudiannya akan diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi membolehkan masalah itu diatasi segera.

"Jika ia melibatkan perumahan awam milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kita boleh ambil tindakan sewajarnya dan menyelenggara mengikut peruntukkan yang disediakan tetapi jika ia milik persendirian atau dikendalikan pemaju swasta, kementerian tidak mempunyai pegangan secara terus kecuali melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB)," katanya selepas melancarkan Program Gerakan Tumpuan Kawasan Brickfields di sini semalam.

Tambah Raja Nong Chik, pihaknya mempunyai kuasa terhad dan boleh menguatkuasakan undang-undang melalui akta sedia ada sahaja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: