Monday, December 7, 2009

Hitachi teraju produk mesra alam


TAN (kiri) bersama Pengarah dan Pengurus Besar Hitachi (Thailand), Hiroaki Hata dan Zen (dua dari kanan) melihat peti sejuk terbaru Hitachi yang bersifat mesra alam di Genting Highlands.


GENTING HIGHLANDS - Hitachi Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. optimis dalam menjadi peneraju pengeluar produk mesra alam dalam tempoh lima tahun akan datang.

Pengarah Eksekutifnya, Frankie Tan berkata, matlamat tersebut dapat tercapai dengan kewujudan bahagian penyelidikan dan pembangunan yang cemerlang di Jepun dan beberapa negara lain.

"Selain itu kita juga mempunyai sokongan kejuruteraan yang sangat baik untuk memacu perniagaan ini," kata beliau selepas majlis pelancaran koleksi produk elektrik pengguna Hitachi bagi tahun 2010 di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan syarikat tersebut, Hidenori Zen.

Prospek produk mesra alam adalah cerah di Malaysia dan negara-negara lain, tambah beliau, kerana pengguna hari ini mahukan produk efisien yang mampu menjimatkan tenaga dan seterusnya mengurangkan jumlah bil utiliti mereka.

Menyedari perkara itu, sebagai penggiat industri elektronik pengguna, Hitachi akan terus membangunkan pasaran dan memenuhi keperluan pelanggan, kata Tan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: