Monday, December 7, 2009

Penternak lembu diugut bunuh


N. AHILAM menunjukkan bahagian badan Murugan yang cedera akibat ditolak beberapa pekerja syarikat pemaju
di tapak Kampung Buah Pala di George Town.


GEORGE TOWN - Dua penternak lembu yang masih mendiami sebidang tanah di kawasan bekas Kampung Buah Pala mendakwa menerima ugutan bunuh daripada beberapa lelaki yang meminta mereka meninggalkan kawasan tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 2.30 petang pada 3 Disember lalu, Murugan Karuppiah, 46, dan adiknya, K.T. Sivanandhan, 39, turut dicederakan kumpulan lelaki terbabit yang didakwa pekerja syarikat sebuah syarikat pemaju.

Murugan memberitahu, semuanya berpunca semasa pekerja syarikat pemaju itu melakukan kerja-kerja tanah sehingga menceroboh ke kawasan kandang lembunya yang terletak bersebelahan.

"Mereka menebang dahan-dahan pokok di kawasan ini tanpa bertanya dan semasa bertengkar, ketua pekerja itu yang dikenali dengan nama Johan mencabar saya mengadukan perkara itu kepada polis.

"Dia juga memberi amaran agar keluar segera dari situ atau menerima nasib malang serta mengugut akan membelasah dan membunuh kami berdua," ujarnya yang mendakwa sakit pada kaki dan pinggang akibat ditolak.

Bimbang dengan keselamatan mereka, Murugan dan adiknya kemudian membuat laporan di Balai Polis Jelutong pada 4 Disember kira-kira pukul 10.40 pagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: