Saturday, December 19, 2009

Pengusaha stesen minyak diingat jangan tamak


KERATAN Kosmo! 14 Disember 2009.


KUALA LUMPUR - Jangan tamak!

Demikian nasihat Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman kepada semua pengusaha stesen minyak dalam kawasan 50 kilometer dari sempadan supaya tidak menjual minyak melebihi 20 liter kepada kenderaan asing setelah peraturan itu dikuatkuasakan Rabu lalu.

"Jangan sesekali tamak, kerana ia hanya akan merugikan kita, jaga kepentingan negara. Kerugian yang dialami adalah sedikit sahaja jika dibandingkan dengan tindakan yang bakal dikenakan jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan.

"PDAM bersetuju dengan rancangan kerajaan mengehadkan penjualan petrol kepada rakyat asing bagi mengelak petrol bersubsidi negara diseludup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Buat masa ini tambahnya, majoriti pengusaha stesen minyak akur dan memberi kerjasama kepada peraturan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: