Wednesday, December 2, 2009

Pemimpin Dubai tenangkan pelabur


DUA lelaki memantau perkembangan di Pasaran Kewangan Dubai di Dubai.


DUBAI - Pemimpin Dubai berusaha untuk menenangkan pelabur-pelabur yang panik semalam semasa pasaran saham serantau merudum buat hari kedua- berturut-turut.

Penurunan itu berlaku kelmarin selepas ketua konglomerat Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) itu meminta penangguhan selama enam bulan untuk membayar hutang sebanyak AS$60 bilion (RM202.69 bilion).

Pemerintah Dubai itu dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan hutang sebanyak AS$26 bilion (RM88.33 bilion) yang mungkin melibatkan penstrukturan semula.

Dubai merupakan salah sebuah daripada tujuh wilayah yang diberikan kuasa autonomi yang membentuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Pasaran Kewangan Dubai menjunam 7.3 peratus kelmarin dan bursa saham Abu Dhabi ditutup dengan indeks jatuh 3.57 peratus.




Pemerintah Dubai, Sheik Mohammed bin Rashid Al Maktoum (gambar kecil) cuba meyakinkan pelabur supaya berhubung kedudukan ekonomi semasa membuat kenyataan mengenai krisis hutang Dubai.

"Ekonomi kami kuat dan kukuh serta konsisten," katanya kepada stesen televisyen Al-Arabiya.

Menurutnya, pasaran kewangan bertindak 'keterlaluan' kerana kekurangan pemahaman mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Dunai.

Namun, beliau tidak membuat sebarang ulasan lanjut.

Presiden UAE, Sheik Khalifa bin Zayed Al Nahyan turut menegaskan ekonomi negaranya berada dalam keadaan baik.


GAMBAR menunjukkan menara tertinggi di dunia, Burj Dubai di Dubai semalam.


Namun, para penganalisis menyatakan krisis Dubai World merupakan satu gejala yang kurang menyenangkan.

Dubai tidak mempunyai sumber minyak.

Namun pada masa lalu, ia menjadi bandar pesat membangun, meningkatkan hutang ekoran pembinaan pulau buatan, pusat beli-belah yang dilengkapi kemudahan ski dan menara tertinggi dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: