Wednesday, December 2, 2009

Ampatuan Jr. dikenakan 25 tuduhan bunuh


Ampatuan Jr


GENERAL SANTOS - Pihak berkuasa Filipina memfail 25 kes tuduhan bunuh semalam terhadap seorang ahli politik, Andal Ampatuan Jr. yang didakwa terlibat dengan pembunuhan sejumlah 57 orang di selatan negara ini, baru-baru ini.

Dengan pendakwaan ini pihak berkuasa Filipina percaya bahawa Ampatuan Jr. akan mendedahkan maklumat mengenai rakan sekutunya yang terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai itu.

Pendakwa Raya Edilberto Jamora berkata, dakwaan terhadap Ampatuan Jr. itu difailkan di sebuah mahkamah di selatan bandar Cotabato di sini.

Katanya, kes itu difail di mahkamah tersebut kerana kejadian pembunuhan membabitkan 57 orang di sebuah kawasan perladangan terpencil di sini berada bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Namun pihak berkuasa berhasrat membawa perbicaraan kes itu keluar dari selatan Filipina kerana saksi-saksi kes berasa bimbang terhadap ugutan dan perkara buruk yang akan dilakukan oleh pelampau Islam di kawasan berkenaan.

"Mereka enggan hadir ke mahkamah dan bimbang akan keselamatan diri serta keluarga," kata Setiausaha Mahkamah, Agnes Devanadera kepada wartawan di Manila.

Keluarga Ampatuan yang mempunyai tentera sendiri dan memperoleh sokongan Presiden Gloria Macapagal Arroyo telah memerintah wilayah Maguindanao sejak 2001.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: