![]() |
| |
KUALA LUMPUR - Mungkinkah 'tragedi' gagal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) akan sekali lagi berulang kepada penyanyi popular, Faizal Tahir (gambar).
Jika pada tahun 2008, Faizal tidak dapat tampil di pentas AJL selepas digam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia ekoran tindakannya membuka baju dalam satu konsert di Petaling Jaya, kali ini faktor kesihatan pula mungkin menjadi penghalang kepada bintang One In a Million.
Perkara itu diakui sendiri oleh Faizal dalam pertemuan eksklusif bersama Kosmo! petang semalam apabila beliau memberitahu, sehingga kini dia masih belum pasti sama ada dapat beraksi pada AJL ke-24, 10 Januari depan atau sebaliknya.
"Saya memang mahu sangat menyanyi sendiri di pentas AJL kali ini sebab lagu Bencinta adalah lagu ciptaan saya sendiri bersama Audi Mok.
"Tetapi sehingga kini disebabkan faktor kesihatan saya masih 50-50, peluang saya beraksi di AJL juga belum pasti," katanya ketika ditemui sejurus mesyuarat antara beliau dengan pihak produksi AJL di Sri Pentas TV3.
Walaupun belum sempat berlatih dari segi vokal sebagai persiapan dari segi persembahan, Faizal sudah memberi beberapa idea bagaimana beliau mahu persembahannya nanti.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: