Monday, December 14, 2009

Paut belakang bas untuk berjimat


CHUNG memaut belakang sebuah bas di bandar Dongwan, China baru-baru ini.


DONGWAN - Seorang lelaki di China memaut belakang sebuah bas semata-mata kerana mahu berjimat daripada membayar tambang, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengguna-pengguna jalan raya terkejut apabila melihat aksi Deng Chung, 33, itu selama 30 minit sebelum dia melompat turun setibanya di luar pejabatnya di sini, selatan China, baru-baru ini.

Susulan kejadian tersebut, polis China menyoal beberapa penumpang dan pekerja pejabat bagi mengumpul bukti untuk mendakwa lelaki itu kerana aksinya yang membahayakan keselamatan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: