Monday, December 14, 2009

Bekas polis trafik jadi popular


GAMBAR menunjukkan aksi Lepore menari di sebatang jalan raya di Rhode Island, Amerika Syarikat.



RHODE ISLAND - Seorang bekas anggota polis trafik Amerika Syarikat (AS), Tony Lepore menjadi popular setelah aksi dia menari semasa mengawal lalu lintas disiarkan di laman web YouTube di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelincahannya menari dengan menggoyangkan kaki, pinggul dan melakukan beberapa tarian sambil meniup wisel telah berjaya menghiburkan ramai pengguna jalan raya di sini.

Walaupun sudah lama menghiburkan pengguna jalan raya iaitu sejak tahun 1984 lagi, populariti Lepore, 62, melonjak sejak rakaman aksinya tersiar di Internet.

Dia mendapat inspirasi untuk menjadikan rutin kerjanya lebih menarik setelah menonton program televisyen Candid Camera yang memaparkan gelagat lucu orang ramai.


SALAH satu aksi Lepore yang disiarkan di YouTube.


"Saya menonton Candid Camera dan berkata kepada diri sendiri, mungkin saya akan melakukan beberapa aksi tarian semasa bertugas," kata Lepore.

Dia kini yang telah bersara menguruskan perniagaan katering bersama seorang saudara lelakinya.

Namun, dia kerap diundang oleh Datuk Bandar Rhode Island untuk membuat persembahan setiap kali menjelang musim perayaan Krismas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: