![]() |
| ROBERT Pattinson merupakan bintang Hollywood paling popular sepanjang 2009. |
TAHUN 2009 semakin menghampiri ke penghujungnya dan tahun 2010 sudah mula melambai-lambai bagai memberi tanda bersedia untuk membuka tirainya. Tidak dinafikan, sememangnya industri hiburan di Hollywood khususnya telah mencatatkan pelbagai momen yang meninggalkan kesan kepada semua pihak.
Saban tahun, pelbagai pihak akan menyenaraikan bintang-bintang popular Hollywood yang menyinar sepanjang tahun berdasarkan prestasi mereka untuk tahun berkenaan.
Tidak kurang juga, senarai carta dikeluarkan berdasarkan populariti serta mereka yang paling diminati sehinggakan nama mereka tersangkut sebagai artis yang paling kerap dicari di ruang carian di mana-mana laman web.
Pangkalan data filem paling popular, www.imdb.com juga tidak mahu ketinggalan untuk mengimbas kembali barisan artis yang dilihat telah mencatatkan populariti yang tersendiri.
Menerusi STARMeter, www.imdb.com sudah pun mengeluarkan senarai 25 pelakon paling popular yang dilihat telah mewarnai industri hiburan di Hollywood sepanjang tahun lalu.
Kedudukan 25 artis ini telah diundi oleh 57 juta orang pelayar laman web berkenaan sepanjang tahun 2009 menerusi ruang carian yang terdapat di pangkalan data filem itu.
Apa yang pasti, ramai muka baru dilihat mendominasi carta ini dan tidak kurang juga yang tidak tersenarai tahun lalu, nama mereka mula melonjak lantas menjadi pilihan tahun ini.
Ternyata populariti dan fenomena filem pontianak, The Twilight Saga: New Moon sememangnya membawa tuah kepada para pelakonnya apabila enam pelakonnya berjaya tersenarai dalam carta tahun ini.
Mereka ialah Robert Pattinson, Kirsten Stewart, Taylor Lautney, Dakota Fanning, Ashley Greene dan Nikki Reed.
Bukan itu sahaja, tiga daripadanya juga merupakan mereka yang tidak tersenarai tahun lalu dan berjaya menempatkan diri dalam senarai tahun ini.
Populariti yang dikecapi oleh Robert telah menundukkan juara carta tahun lalu, Johnny Depp yang hanya sekadar menduduki tangga ketiga.
Berikut adalah senarai 25 bintang Hollywood paling popular untuk tahun 2009 berdasarkan populariti seperti mana yang dicatatkan di www.imdb.com.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: