Thursday, December 10, 2009

Panasonic kuasai penyaman udara


ENDOH (dua dari kiri) dan Sakai (dua dari kanan) menunjukkan angka satu pada majlis pelancaran dua model terbaru penyaman udara Panasonic di Subang Jaya.


SUBANG JAYA - Panasonic Malaysia Sdn. Bhd. (Panasonic) menyasarkan penguasaan pasaran sebanyak 50 peratus bagi segmen penyaman udara di Malaysia bagi tahun 2010.

Timbalan Pengarah Peralatan Kediamannya, Cheng Chee Chung berkata, sehingga kini pihaknya telah pun memilik 44 peratus daripada penguasaan pasaran tempatan.

"Permintaan terhadap alat penyaman udara di pasaran tempatan adalah sekitar 600,000 unit sehingga 700,000 unit setahun," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran siri penyaman udara Eco Sense I2 dan Eco Sense P2 di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Panasonic, Tony Endoh; Pengarah Urusan Kumpulan Panasonic HA Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd. Toshiyuki Sakai; Pengurus Besar Kumpulan Penjualan Asia Pasifik Panasonic HA Air-Conditioning Jiro Toyoda dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Penjenamaan Panasonic, Azizah Wahid.

Syarikat tersebut pernah mencatatkan sejarah apabila memiliki penguasaan pasaran bagi segmen penyaman udara sebanyak 80 peratus sekitar 20 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: