Thursday, December 10, 2009

Potensi pelaburan Jepun cecah RM8.145 bilion


MUHYIDDIN (tengah) bersama Naib Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Osaka, Makoto Kato (kanan) pada persidangan meja bulat bersama ketua syarikat gergasi Jepun di Osaka.


OSAKA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, misi pelaburan khas selama empat hari ke Osaka dan Tokyo berjaya menarik keseluruhan potensi pelaburan sebanyak RM8.145 bilion.

Timbalan Perdana Menteri berkata, potensi pelaburan daripada pertemuannya dengan kapten industri di Osaka adalah RM585 juta.

"Pelaburan itu dijangka tiba di Malaysia dalam tempoh suku tahun akan datang bagi memulakan projek," katanya sambil menyatakan bahawa dalam tempoh jangka panjang terdapat banyak syarikat dari rantau ini berminat melabur di Malaysia yang bakal membawa masuk RM2.6 bilion lagi pelaburan.

Sebelum itu, beliau mengumumkan bahawa misi ke Tokyo menghasilkan potensi pelaburan RM4.96 bilion.

Daripada potensi pelaburan RM585 juta yang dijangka masuk di dalam tempoh sederhana, katanya, RM515 juta adalah pelaburan bagi pengeluaran komponen elektrik dan elektronik manakala yang lain ialah bagi biofuel, loji panel solar dan biomas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: