Thursday, December 10, 2009

Misteri kebakaran kampung setinggan


HARUN (kiri) bersama anak dan cucunya melihat kesan kebakaran rumahnya di Kampung Seberang Terus, Alor Setar.


ALOR SETAR - Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran membabitkan kawasan setinggan di Kampung Seberang Terus di sini dalam kejadian pukul 3 pagi semalam menyebabkan tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Ini merupakan kebakaran kedua di kawasan ini dalam tempoh dua hari selepas kebakaran pertama di Kampung Gunung Sali, Isnin lalu yang terletak satu kilometer dari sini yang memusnahkan lima buah rumah.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak di sini, Mohamad Muhyiddin berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.12 pagi dan empat buah jentera termasuk sebuah dari balai Jalan Raja bersama 25 anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Keadaan rumah yang terlalu hampir menyebabkan api cepat merebak namun bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit," katanya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: