Sunday, December 6, 2009

Pamela Anderson Bakal Lancarkan Karier Nyanyian

Pamela Anderson sedang di dalam persiapan untuk memulakan karier nyanyiannya

BINTANG Baywatch, Pamela Anderson sedang di dalam persiapan untuk memulakan karier nyanyiannya dan akan menghasilkan sebuah single pada tahun depan.

Menurut laporan di internet, selebriti berusia 42 tahun ini sedang di dalam pembikinan sebuah lagu berjudul High, yang mengisahkan tentang dunia fesyen.

"Kami sedang merakamkan sebuah single pop bersama. Pamela berkata dia ingin menyanyi, tetapi tidak mahu yang terlalu sukar. Jadi, dia hanya akan menyanyikan perkataan 'high' berulang kali," kata rakannya, Richie Rich.

Kedua-dua rakan itu juga akan melancarkan jenama pakaian sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: