

ADELAIDE - Sebuah kereta Ferrari yang digunakan dalam majlis perkahwinan di sini, Australia rosak teruk setelah terbabit dalam kemalangan di luar sebuah gereja, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa saksi memberitahu, semasa kejadian, pemandunya cuba melakukan aksi burnout iaitu menekan minyak sehingga tayar belakang Ferarri itu berpusing kelmarin.
Ferrari yang digunakan dalam majlis perkahwinan Adam Daniele, 23, dan Vincenza Ienco, 20, itu kemudian merempuh sebuah kenderan Ford Escape yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 65 tahun.
"Semasa kejadian, saya sedang duduk di dalam kenderaan Ford Escape. Saya baru keluar dari gereja dan menghidupkan enjin apabila terdengar deruman enjin Ferrari," kata warga emas berkenaan.
"Saya berpaling dan melihat Ferrari merah itu menuju ke arah saya dengan laju setelah pemandunya gagal mengawal kereta berkenaan," tambahnya.
Isterinya cedera dan dikejarkan ke hospital selepas kemalangan tersebut.
Pemandu Ferrari itu akan didakwa kerana cuai manakala kos membaiki kereta tersebut mencecah AS$50,000 (RM170,000).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: