Monday, December 7, 2009

Tidak dapat tidur di penjara


PERUGIA, Itali - Tidak dapat tidur pada malam pertama di penjara!




Itulah yang dialami oleh seorang pelajar universiti Amerika Syarikat (AS), Amanda Knox, 22, selepas dia dijatuhkan hukuman 26 tahun penjara oleh hakim sebuah mahkamah kerana membunuh seorang rakannya dari Britain, Meredith Kercher dari Britain dalam satu 'permainan seks.'

"Dia (Knox) tidak dapat tidur sepanjang malam," kata peguamnya, Luciano Ghirga yang menemuinya selama satu jam di sebuah penjara di sini kelmarin.

Hakim turut menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara terhadap bekas kekasih Knox, Raffaele Sollecito kerana terlibat dalam pembunuhan itu.

Knox dan Sollecito didapati terlibat membunuh Kercher berumur 21 tahun pada November 2007 dalam bilik tidurnya di sebuah apartmen di sini.

Pada perbicaraan itu, pihak pendakwa raya menuduh Knox memujuk Sollecito dan seorang lagi lelaki, Rudy Guede untuk mengambil bahagian dalam satu permainan seks ekstrem melibatkan Kercher yang kemudian bertukar menjadi perbalahan.

Guede telah dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun pada Oktober tahun lalu kerana mengambil bahagian dalam pembunuhan Kercher.

Pihak pendakwa raya berkata, Knox berang dengan kritikan Kercher mengenai tahap kebersihannya dan seks.

Menurut pihak pendakwaan itu, sebilah pisau sepanjang 15.2 sentimeter yang ditemui di rumah Sollecito mempunyai asid deoxyribonucleic (DNA) Kercher dan Knox.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: