Monday, December 7, 2009

Dua selebriti didakwa bunuh tikus


GAMBAR menunjukkan Manning (kiri) dan D'Acampo menangkap seekor tikus pada program realiti I'm a Celebrity ... Get Me Out of Here di Australia.


SYDNEY - Dua bintang siri realiti televisyen I'm a Celebrity ... Get Me Out of Here didakwa melakukan kekejaman terhadap haiwan selepas mereka membunuh dan memasak seekor tikus semasa menyertai program itu, lapor sebuah akhbar semalam.




Dua bintang itu, Chef Gino D'Acampo dan aktor Stuart Manning didakwa selepas beberapa aktivis hak asasi haiwan membuat aduan polis berhubung satu adegan siri realiti Britain itu yang menjalani penggambaran di Australia.

Dalam satu kenyataan media, polis negeri New South Wales memberitahu, kedua-dua lelaki itu akan dihadapkan ke sebuah mahkamah pada Februari depan.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun.

"Membunuh seekor tikus untuk tujuan persembahan tidak dapat diterima. Ia dilakukan semata-mata untuk pertunjukan televisyen," kata seorang pegawai Agensi Diraja Bagi Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) New South Wales, David O'Shannessy.

Siri realiti itu mendedahkan kehidupan sekumpulan selebriti di pedalaman Australia dan mereka perlu menjalani beberapa ujian melibatkan haiwan seperti labah-labah dan ular sebelum disingkirkan menerusi khidmat pesanan ringkas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: