Friday, December 11, 2009

Bertemu ratu diva


NICOLE RICHIE


NICOLE RICHIE berpendapat Ratu Britain, Ratu Elizabeth ialah seorang yang diva. Nicole telah diberi satu senarai peraturan ketat untuk diikut semasa dia bertemu dengan ratu berusia 83 tahun itu di acara Royal Variety Performance di London baru-baru ini.

Namun, kenyataan itu dibuat secara gurauan oleh Nicole dengan menyatakan Ratu Elizabeth seorang yang mempunyai terlalu banyak permintaan.

Nicole, 28, memuat turun gambar senarai peraturan itu dalam akaun Twitter bersama dengan ayat, "Peraturan untuk bertemu saya."

Dalam senarai itu terdapat arahan seperti, "Sila beritahu semua artis yang akan mengambil bahagian dalam The Royal Line Up untuk bertemu dengan ratu. Mereka perlu mengikut peraturan seperti di bawah:

"Semua orang perlu memanggil ratu dengan gelaran Your Majesty. Sila tunggu sebelum berjabat tangan. Anda juga tidak boleh bercakap sehingga ditanya. Selepas itu, anda boleh memanggil ratu dengan panggilan Ma'am dan bukannya Mar'am.

"Kemudian, anda perlu memanggil Duke of Edinburgh (Putera Philip) sebagai Your Royal Highness. Kemudian anda boleh memanggil dia, Sir."

Royal Variety Performance merupakan acara tahunan yang berlangsung di United Kingdom.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: