Thursday, December 3, 2009

Nur Kasih dalam bentuk DVD

Drama Nur Kasih arahan Khabir Bathia, berjaya mencetuskan satu fenomena baru di kalangan masyarakat Malaysia dengan rating tertinggi iaitu melebihi 4.1 juta sejak siri itu mula disiarkan di TV3 bermula 29 Mei 2009 lalu.

Melihat kepada respons penonton ini, maka drama bersiri Nur Kasih akan diterbitkan dalam bentuk DVD box set dan akan mula berada di pasaran dengan harga RM99.00.

Gandingan Fizz Fairuz (Aidil) dan Remy Ishak (Adam), sebagai dua beradik yang mempunyai karekter berbeza ternyata berjaya menarik perhatian ramai. Malah lakonan Tiz Zaqyah sebagai Nur Amina juga tidak kurang hebatnya.

Turut membintangi drama ini Datuk Jalaluddin Hassan (Ustaz Hassan), Liza Othman (Hajah Khadijah), Sharifah Sofea (Katrina), dan Ummi Nazeera (Siti Sarah).

Sementara itu, difahamkan juga siri Nur Kasih ini juga akan diadaptasikan ke layar perak di mana tanggungjawab utama bakal dipikul oleh seluruh team produksi Filmscape yang kini sedang dalam perancangan awal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: