Thursday, December 3, 2009

Fizzo rimas dikejar gay



Dek wajahnya yang tampan, maka tidak hairanlah aktor yang semakin meningkat naik ini menjadi kegilaan ramai gadis di luar sana. Namun lebih mengejutkan apabila dia juga tidak terlepas dari menjadi buruan kaum sejenisnya. Bagi anak muda kelahiran Kota Bharu, Kelantan, ini, situasi itu sememangnya sangat menjengkelkan dan ada kalanya membuatkan dia cukup rimas dan tertekan.

Tidak pernah menyesal dengan jalan yang dipilih, pemilik nama Wan Hafizol Omar, 25, atau lebih dikenali sebagai Fizzo Omar, mengangap semua itu sebahagian dari lumrah kehidupan anak seni. Namun jauh di sudut hatinya, merindui saat-saat dulu, yang mana ketika itu kehidupan peribadinya tidak mudah dicerobohi oleh sesiapa pun.

“Sejak jadi artis, saya selalu sangat kena kejar dengan kaum lelaki ni dan mereka memang obses sangat nak dekati saya. Terus-terang, saya lebih takut dikejar lelaki daripada perempuan. Sebab saya bukannya jenis macam tu (gay). Sampai sekarang, saya sering menerima banyak panggilan dari mereka yang tidak dikenali. Entah dari mana mereka boleh mendapat nombor telefon saya dan yang pastinya mereka sering menganggu saya. Dalam sehari, saya boleh dapat berpuluh-puluh panggilan dan sampai satu tahap saya rasa macam nak buat ‘report’ polis.

“Tapi ada kalanya saya rasa serba salah juga, manalah tahu ada di antara mereka tu betul-betul peminat saya. Risau kalau tak layan nanti orang kata sombong pula. Tapi kalau yang lebih-lebih tu yang saya tak mahu layan dan biasanya saya akan serahkan pada PA saya. Kalau pasal ‘job’ barulah saya jawab. Tapi itu pun saya pernah kena tipu juga. Dalam tengah berbincang tentang ‘job’, dia nampak semacam jer. Teruslah saya jauhkan diri.

“Saya kalau nak senang, bukan dengan cara macam tu. Saya tahu apa yang halal dan haram. Biarlah saya susah-susah sendiri, cari rezeki dengan usaha sendiri,” katanya yang ditemui ketika penggambaran drama Musang Berjanggut terbitan JS Pictures di Kuang, Selangor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: