Sunday, December 20, 2009

Nas-T Nak jadi super hero


Nas-T


HAI awak, apa khabar? Saya memang minat gila setiap lakonan Nas-T dan sangat teruja menantikan drama bersiri Blogger Boy yang begitu menarik perhatian saya.

1. Apa pandangan Nas-T apabila melihat lakonan anda sama ada di kaca tv mahupun layar perak?

2. Kepuasan sebagai seorang pelakon. Adakah Nas-T benar-benar puas dengan lakonan anda?

3. Watak apa dan siapakah pengarah impian yang anda ingin bekerjasama?

* Aiman Azmira,

Ipoh, Perak.

NAS-T

1. Hello Aiman! Terima kasih kerana menyokong saya. Bagi saya masa mula-mula dulu agak janggal kerana tidak biasa melihat diri sendiri di kaca tv. Tetapi lama kelamaan saya boleh menilai lakonan saya dan di situ saya memperbaiki dari segi dialog atau pun ekspresi muka.

2. Berlakon bagi saya memang memberi satu kepuasan yang tidak terhingga dan saya bersyukur kerana ada peminat macam Aiman ini yang suka melihat lakonan saya. Kalau boleh biarlah ia berlainan dari watak-watak yang sebelum ini kerana saya ingin cuba dan mencabar diri sendiri untuk memantapkan lagi lakonan saya.

3. Kalau diberikan pilihan, saya ingin memainkan watak Super hero seperti Satria Baja Hitam dalam versi Melayu. Saya teringin sangat hendak berkerja dengan Kabir Batia kalau ada rezeki nanti.

Masuk keluar

kelab malam

Assalamualaikum Nas-T.

Apa khabar? Harap anda sentiasa sihat dan diberkati. Rasanya lama juga tidak mendengar cerita anda di dada akbar lewat kebelakangan ini.

1. Apa perkembangan terbaru Nas-T?

2. Apa cita-cita anda? Mahu menjadi pelakon yang terkenal atau menjadi penyanyi?

3. Bagaimana nak berhubung dengan anda secara terus? Boleh beri e-mel?

n Jaslina Maarof,

Petaling Jaya, Selangor.

NAS-T

1. Alhamdulillah saya sihat sejahtera disini. Terima kasih kerana mengirimkan surat ini kepada saya. Sekarang ini saya baru sahaja habis dengan penggambaran projek Blogger Boy untuk musim ke-2 dan sampai ke hujung tahun ini. Saya akan terus menjadi deejay di kelab-kelab malam seluruh negara. Selain itu saya akan ke Sabah untuk majlis anjuran Celcom iaitu Stompin Sabah.

2. Bercakap tentang minat, kalau boleh kedua-duanya sekali saya nak buat kerana itu kemahuan saya. Saya juga tidak mahu menjadi penyanyi sahaja sebaliknya mahu menjadi seorang pemuzik yang berbakat besar.

3. Kalau nak berhubung secara terus, jadilah kawan saya di www.facebook.com/ DJNAS-T. Jumpe di sana.

Tak cari populariti

Assalamualaikum Nas-T.

Lama sungguh rasanya tidak melihat anda di kaca tv walaupun Blogger Boy sedang ditayangkan. Saya memang meminati lakonan mantap anda sejak filem Kami The Movie lagi.

1. Apa sudah jadi dengan grup Kugiran Malaya anda? Macam tak ada perkembangan sahaja?

2. Anda jarang ditimpa gosip-gosip yang bisa mencalarkan reputasi anda. Bagaimana anda mengawalnya?

3. Nama Nas-T tidaklah sepopular nama-nama artis lelaki lain yang seringkali menjadi buruan produser. Tidakkah ia memberikan satu tamparan hebat buat anda?

* Aqilah Abdul Wahab,

Alor Setar, Kedah.

NAS-T

1. Terima kasih kerana sudi menyokong saya dan saya amat menghargai sokong Aqilah. Saya harap ada lagi peminat-peminat di luar sana yang sentiasa menyokong saya. Kugiran Malaya buat masa ini dalam proses menulis lagu dan masing-masing sibuk dengan lakonan kerana bukan saya sahaja yang aktif dalam bidang ini. Sudah tentu kami ingin mengambil masa untuk menulis lagu-lagu yang berkualiti dan apabila sampai masanya nanti, kami akan kembali semula ke atas pentas.

2. Artis mana yang boleh lari dari gosip termasuklah saya juga. Bagi saya tiada apa yang hendak disembunyikan kerana apa yang anda lihat itulah diri saya.

3. Memang benar nama Nas-t tidaklah sepopular nama nama artis lelaki yang lain kerana bukan itu yang saya cari sebaliknya saya ingin buat yang terbaik dalam lakonan saya dan saya mahu produser-produser menilai saya dari bakat saya bukan luaran sahaja. Terima kasih sekali lagi kalau ada apa-apa pertanyaan Aqilah.

Sering menjadi perhatian

Hai Nas-T.

Apa khabar? Saya merupakan peminat anda sejak dahulu lagi dan sentiasa berharap agar Nas-T diberikan rezeki yang berlipat kali ganda.

1. Siapakah idola anda dan mengapa?

2. Apa impian Nas-T dalam bidang seni?

3. Apakah cabaran yang terbesar sebagai anak seni?

* Shahrol Annaz Nasir,

Seri Iskandar, Perak.

NAS-T

1. Saya mempunyai ramai idola dalam dan luar negara kalau di sini sahaja ada ramai seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Nordin Ahmad, Aziz Satar, Rosyam Noor dan di luar negara pula seperti Johnny Depp, Edward Norton, Christian Bale, Bruce Lee, AL Pacino dan ramai lagi kerana saya memang dari kecil suka menonton filem.

2. Impian saya adalah dengan hadirnya saya dalam industri ini, saya dapat menaikkan lagi kualiti dalam industri seni dari segi lakonan mahu pun muzik dan insyaallah saya akan buat yang terbaik untuk peminat-peminat seni.

3. Cabaran terbesar bagi saya adalah mengharungi hidup sebagai anak seni kerana sejak bergelar sebagai seniman saya sedar yang saya dalam pemerhatian orang dan saya tidak boleh lari dari gosip-gosip yang tidak berasas.

Alhamdulillah setakat ini saya mengharunginya dengan penuh kesabaran. Saya harap Masliza tetap menyokong saya dalam apa jua keadaan.

Mahu jadi diri sendiri

Assalamualaikum Nas-T.

Apa khabar? Saya berharap agar Nas-T sentiasa sihat dan diberkati Ilahi. Saya sentiasa berdoa agar Nas-T memberikan yang terbaik dalam apa juga lapangan yang Nas-T ceburi.

1. Kebanyakan filem mahupun drama lakonan Nas-T lebih kepada kehidupan yang lebih moden dan urban. Adakah memang itu yang Nas-T mahukan?

2. Apa filem atau drama lakonan Nas-T yang memberikan kepuasan kepada anda?

* Khairudin Kamarudin,

Kuala Lipis, Pahang.

NAS-T

1. Mungkin setakat ini sejak saya bertapak di industri ini, penonton banyak melihat saya di kaca tv tetapi saya mahukan kedua-duanya sekali tidak kira urban, moden atau yang biasa-biasa. Jikalau diberi peluang pasti saya akan lakukan yang terbaik kerana minat saya terhadap lakonan mendalam.

2. Setakat ini dari filem Goodbye Boys, Kami The Movie, Pisau Cukur mahupun drama-

drama telah memberikan saya kepuasan dalam melakonkan karakter yang diberikan. Saya akan berasa lebih puas setelah memainkan pelbagai jenis karakter.

Cari wanita

kesukaan ibu

Hai Nas-T.

Saya sudah menonton filem Pisau Cukur dan lakonan anda memang di luar jangkaan dan saya kagum dengan bakat yang ada miliki. Saya ada beberapa soalan dan harap anda sudi menjawabnya.

1. Umur dah semakin meningkat. Bila lagi nak menamatkan zaman bujang?

Sudah jumpa calon yang sesuai?

2. Apa ciri-ciri wanita idaman anda?

* Siti Asliza Sanusi,

Johor Bahru, Johor.

NAS-T

1. Saya masih muda dan masih jauh lagi perjalanan hidup ini. Sebelum saya menamatkan zaman bujang, saya akan pastikan ibu bapa saya hidup senang dahulu. Kalau sampai masanya nanti Asliza akan menjadi orang pertama yang tahu tarikhnya.

2. Walau apa pun saya akan pastikan yang ibu saya berkenan kerana saya mahukan seseorang yang boleh menjadi teman rapat saya dan keluarga saya. Selain itu, dia haruslah memahami kerjaya saya sebagai seorang seniman.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...abang Nas-t

    tak tau knp ble saya tengok lakonan abg....sy rasa wah...bagus....hehe...abg ni cute btul ble bw watak kit dalam blogger boy 2....skang tak leh layan tv sgt....bz ngan viva n stdy....nak tanye soklan boleh...

    1 lau bleh tau....abg minat tak ngn lukisan
    2 ble abg rase dunia lakonan pilihan abg
    1 lagi 1, dunia ni ke kerjaya tetap abg...

    saya arap abg terus success n terus muncul tv...
    buy..buy...

    potret.....saying

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: