Thursday, December 10, 2009

Mansuhkan sistem subsidi - FOMCA


MARIMUTHU (berdiri) beramah mesra bersama media pada majlis jamuan makan tengah hari di Restoran Maharaj, Jalan Gasing, Petaling Jaya.


PETALING JAYA - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mencadangkan kerajaan menghapuskan sistem subsidi secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 10 tahun lagi bagi menjaga kepentingan nasional.

Presiden FOMCA, Datuk N. Marimuthu berkata, kerajaan tidak selamanya mampu memberikan subsidi kepada rakyat kerana setiap pemberian berkenaan memakan belanja yang besar.

"Sistem subsidi wajar dimansuhkan secara perlahan-perlahan sementara kita berusaha mengikis "mentaliti subsidi" daripada rakyat.

"Pemansuhan ini akan menjadikan mereka tidak mudah goyah dalam mengharungi kelembapan ekonomi,'' katanya pada sidang akhbar sempena majlis FOMCA Meraikan Media di sini semalam.

Dalam pada itu, Marimuthu berkata, sekiranya subsidi perlu diteruskan, nilainya tidak wajar sebesar sekarang dengan menumpu kepada golongan sasar seperti menambah bantuan kepada golongan miskin tegar.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai jumlah perbelanjaan subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan setiap tahun tetapi sekadar memaklumkan ia melibatkan angka yang amat besar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: