Sunday, December 6, 2009

Curi RM7 juta


KUMPULAN Big Bang dan 2NE1 antara artis yang bernaung di bawah YG Entertainment.


TIGA bekas pengurus yang bekerja di YG Entertainment dilaporkan telah menggelapkan wang sebanyak AS$2 juta (RM7 juta) hasil kutipan pelbagai persembahan dan konsert daripada syarikat yang menaungi antaranya kumpulan Big Bang dan 2NE1.

Menurut Mahkamah Tengah Seoul, Korea, tiga bekas pengurus yang tidak disebutkan nama mereka itu telah menggelapkan duit syarikat tersebut dengan membuka satu akaun yang identitinya dipalsukan. Duit tersebut kemudian digunakan untuk berhibur termasuk membeli alkohol.

Walaupun pihak mahkamah belum mengambil sebarang tindakan ke atas ketiga-tiga bekas pengurus itu, pihak polis kini sedang mengumpulkan bukti untuk mengaitkan mereka dengan jenayah pecah amanah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: