![]() |
| Megan Fox |
DEMI kekasih, Megan Fox sanggup mengeluarkan sejumlah wang simpanannya untuk membeli sebuah kereta klasik, Mustang Fastback 19996 buat Brian Austin Green.
Kereta berwarna merah itu dibeli menerusi laman web perniagaan eBay sebagai tanda jalinan cinta bintang Transformers dengan lelaki tersebut sejak lima tahun lalu.
“Brian berhak menerima pemberian saya. Lagipun dia amat meminati kereta klasik. Cantik kereta Mustang itu dan harganya pun tidak mahal,” katanya.
Aktress berusia 23 ini juga mengaku pernah memandu kereta tanpa pengetahuan ibu sewaktu berusia 14 tahun. Pada ketika itu dia belum memiliki lesen memandu sehingga berusia 18 tahun.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: