![]() |
| Britney Spears |
PENYANYI Britney Spears bernasib baik kerana tidak menaiki bas yang membawa peralatan sempena konsert siri jelajah di Australia minggu lalu. Ini kerana kenderaan berkenaan terbalik ditiup angin semasa perjalanan dari New South Wales menuju ke Melbourne.
“Hanya pemandu bas sahaja yang dikejarkan ke hospital berdekatan. Bagaimanapun, kesemua barangan untuk konsert tidak boleh digunakan lagi. Rosak teruk,” kata salah seorang mangsa kepada Splash News.
Berita buruk itu disampaikan kepada penyanyi berkenaan. Dia benar-benar kesal dengan kejadian berkenaan. Namun, peristiwa itu tidak mematahkan semangatnya untuk membuat persembahan bagi memastikan promosi album terakhirnya berjaya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: