Friday, December 4, 2009

MDec Dan Al Jazeera Lancar Siri Television Saladin

SIRI televisyen animasi keluaran Malaysia, Saladin, iaitu kisah pengembaraan dan aksi yang ditunggu-tunggu, dilancarkan di sini hari ini untuk pasaran Asia.

Diterbitkan bersama oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Saluran Kanak-Kanak Al Jazeera (JCC) berpangkalan di Qatar, siri televisyen itu memulakan produksinya di Malaysia pada 2008 menggunakan bakat dari Malaysia dan Timur Tengah.

Usahasama pelaburan bernilai US$8 juta itu dilancarkan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali dan Pengurus Besar Eksekutif JCC, Mahmoud Bouneb sempena Forum Televisyen Asia di Suntec.

Badlisham berkata produksi itu yang melibatkan 70 artis memberi peluang kepada MDeC untuk meraih pengalaman dan ia bukan projek terakhir bersama JCC kerana banyak peluang kerjasama boleh dijalin pada masa depan.

Untuk musim pertama, siri itu mengandungi 13 episod iaitu 26 minit setiap satu, akan ditayangkan September tahun depan dan musim kedua juga 13 episod akan disiarkan pertengahan 2011.

Saladin merupakan kisah benar pada abad ke12 mengenai kisah hidup seorang negarawan ulung dan pahlawan dari Damsyik, Syria, yang mengembara ke seluruh dunia di sinilah kisahnya bermula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: