Thursday, December 10, 2009

Ibu bapa mangsa bakal ke Mekah - Tengku Abdullah


TENGKU ABDULLAH (kiri) beramah mesra bersama keluarga Md. Shamsuri ketika melawat ke kediamannya di Kota Shahbandar, Rompin.



KERATAN Kosmo! 8 Disember 2009.


ROMPIN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berhasrat menghantar ibu bapa empat beradik yang mati lemas dalam kejadian di Kota Bahagia dekat Muadzam Shah, di sini Isnin lalu menunaikan fardu haji apabila mereka bersedia.

"Bila keluarga itu bersedia fizikal dan mental, saya sedia menghantar mereka menunaikan haji agar mereka memperolehi ketenangan," titah baginda ketika melawat keluarga tersebut di Kota Shahbandar di sini semalam.

Pada lawatan tersebut, Tengku Abdullah sempat beramah mesra dengan ayah dan ibu kempat-empat mangsa, Md. Samsuri Maulana, 46, dan Saeyah Mohd. Noor, 38.

Baginda seterusnya meminta semua ibu bapa agar mengawasi anak-anak bagi mengelakkan tragedi mati lemas berulang.

Titah baginda, meskipun kini cuaca dilihat semakin baik, tetapi ia tidak bermakna ibu bapa boleh membiarkan anak-anak bebas untuk mandi atau bermain air.

"Jangan biar anak-anak bermain air di kolam atau parit tanpa pengawasan," titah baginda.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, empat beradik tersebut mati lemas ketika tiga daripada mereka cuba menyelamatkan seorang lagi yang tergelincir ke dalam parit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: