Friday, December 4, 2009

Mangsa banjir dapat bantuan Tabung Bencana


PENERIMA bantuan banjir gembira menunjukkan wang tunai yang diterima pada majlis penyampaian bantuan bencana banjir peringkat daerah Tumpat di Pejabat Perpaduan Tumpat.


TUMPAT - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Prihatin dengan nasib mangsa banjir, Kerajaan Pusat melalui Tabung Bencana menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 592 mangsa di daerah Tumpat.

Sumbangan RM500 setiap seorang itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Awang Adek Hussein di Pejabat Perpaduan Tumpat di sini semalam.

Beliau yang ditemui memberitahu, penyampaian sumbangan tersebut dilakukan serentak di seluruh Kelantan.

Katanya, seramai 2,165 keluarga telah dikenalpasti layak menerima sumbangan tersebut melibatkan peruntukan RM650,000.

"Bantuan ini diberikan atas arahan Perdana Menteri yang mahu proses pemberian sumbangan banjir dilakukan dengan cepat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: