SATU kenangan manis buat selebriti Kendra Wilkinson pada Krismas tahun ini apabila buat pertama kalinya Kendra akan menyambut perayaan itu sebagai seorang isteri dan ibu.
“Ia satu memori terindah yang akan saya ingati. Kenangan itu akan saya kongsikan dengan anak saya bila dewasa kelak.
“Rasa seperti sayalah wanita yang paling bahagia di saat ini, terasa seperti sebuah keluarga yang sempurna,” ujar Kendra dalam nota blognya itu.
Pelakon berusia 24 tahu itu telah berkahwin dengan Hank Baskett pada Jun lalu dan baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki, Henry Randall Baskett IV pada 11 Disember lalu di Indiana, Amerika Syarikat.
Selain begitu teruja membuat persiapan Krismas, Kendra berharap agar dapat menjadi seorang ibu dan isteri yang baik, seperti ibunya.
“Krismas adalah sambutan yang amat penting buat saya dan keluarga. Kali ini, saya pula menggantikan tempat ibu dengan memasak sebanyak mungkin hidangan untuk suami serta keluarga.
“Mungkin orang luar nampak saya seperti ketinggalan zaman bila sanggup memasak untuk keluarga, tetapi itulah tradisi keluarga kami. Terima kasih kepada ibu kerana mengajar saya menjadi wanita yang sempurna,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: