Friday, December 25, 2009

Hadiahkan kereta sempena Krismas


ASTON MERRYGOLD


PADA pagi Krismas hari ini, wajah kegembiraan pasti terserlah pada wajah adik kepada penyanyi kumpulan JLS, Aston Merrygold. Manakan tidak, jika orang lain menerima sepasang kasut atau sebuah telefon bimbit pada Hari Natal, adik Aston pula akan mendapat sebuah kereta.

Bintang pop itu mahu menghadiahkan sesuatu yang bermakna kepada ahli keluarganya sempena kejayaan beliau mencapai cita-cita menjadi seorang penyanyi yang berjaya.

"Saya telah membeli sebuah kereta Peugeot 207 buat adik lelaki saya dan ia merupakan kereta pertamanya. Saya tidak mahu membeli kereta yang terlalu mahal kerana usianya baru saja 17 tahun.

"Saya juga ada membeli beberapa hadiah untuk ahli keluarga yang lain. Rasa seronok pula bila dapat berkongsi kejayaan bersama keluarga tersayang" katanya kepada Contactmusic.

Beritahu Aston, JLS telah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta Top UK Singles melalui lagu Beat It. Tahun ini merupakan kejayaan terbesar mereka sepanjang dua tahun bergelar anak seni.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: