Friday, December 25, 2009

Ibu rupanya Santa Paris

MENGENANG kembali pengalaman menyambut Hari Krismas pada zaman kanak-kanak, pasti ramai akan tersenyum seorang diri. Begitu juga dengan sosialit Paris Hilton yang mengakui pengalaman menerima hadiah daripada Santa Claus setiap kali Krismas begitu menyeronokkan.

Menurut Paris, dia sentiasa menganggap Santa benar-benar wujud sehinggalah dirinya berusia 16 tahun. Rupa-rupanya ibu Paris, Kathy Hilton telah menjadi Santa Claus palsu dengan memasukkan pelbagai hadiah di dalam stoking Krismas.

“Dulu, kami akan membuka hadiah dahulu sebelum memulakan Hari Krismas. Waktu itu, maklumlah zaman kanak-kanak, perasaan teruja untuk membuka hadiah pasti ada. Dan saya percaya akan kewujudan Santa.

“Saya hanya meragui kewujudan Santa selepas saya berusia 16 tahun. Bagaimanapun sampai hari ini ibu saya tetap akan memasukkan hadiah dalam stoking bila tibanya Krismas,” katanya yang menyatakan dia sering dimanjakan dengan pelbagai hadiah oleh keluarganya.

Tambah selebriti berusia 28 tahun itu, sehingga kini juga keluarganya masih mengamalkan tradisi memberi hadiah kepada satu sama lain.

Pada Krismas kali ini Paris akan mengumpulkan teman-teman rapat dan keluarga untuk meluangkan masa bersama.

“Saya suka Krismas kerana inilah masanya untuk kita meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: