PONTIAN - Kerajaan akan mengikuti rapat impak krisis hutang Dubai bagi melihat sama ada turut mendatangkan kesan ke atas ekonomi Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami berharap kesannya tidak teruk kerana kami telah menyebut bahawa 2010 merupakan tahun yang dinantikan untuk pertumbuhan ekonomi dengan angka pertumbuhan yang positif seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri.
"(Bagaimanapun) masih terlalu awal untuk melihat sejauh mana krisis itu akan menjejaskan sentimen yang semakin meningkat setakat yang membabitkan ekonomi Malaysia," katanya selepas merasmikan loji tenaga arang batu swasta pertama, Tanjung Bin, milik pengeluar tenaga bebas, Malakoff Corporation Berhad.
Dubai World milik kerajaan, konglomerat pembangunan dilaporkan memohon penangguhan enam bulan daripada membayar hutang hampir AS$60 bilion (RM202 bilion).
Krisis itu menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kegagalan syarikat terbabit yang terlibat dalam projek di seluruh dunia. Perkembangan itu turut mengejutkan sektor kewangan yang sememangnya lemah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: