Sunday, December 6, 2009

KD nafi sudah berkahwin di Bali




PULAU Dewata Bali menjadi tempat tercetusnya kegoncangan dalam rumah tangga Krisdayanti (KD) dan Anang Hermansyah apabila Aurel iaitu anak pertama pasangan ini terlihat KD bersama lelaki lain. Ekoran daripada peristiwa tersebut mahligai yang dibina KD selama 13 tahun hancur.

Kini, Pulau Dewata itu sekali lagi hangat diperkatakan apabila tersebarnya khabar yang menyatakan KD telah pun bernikah di pulau itu. KD yang mendengar khabar ini menafikan yang dia telah bernikah dengan Rahul Lemos yang berasal dari Timor Leste itu.

Rahul ialah orang ketiga yang dikatakan menjadi penyebab kepada runtuhnya rumah tangga KD dan Anang. Rahul ialah seorang pengusaha terkenal yang sudahpun berkahwin dan mempunyai anak. Khabar ini bertiup kencang apabila saat KD berada di Bali, Rahul juga sedang berada di Bali.

Setelah menafikan pernikahan tersebut, KD masih belum dapat menjawab bilakah saatnya dia akan mengakhiri zaman jandanya.

Apabila soalan tentang tarikh pernikahannya diajukan, KD berseloroh dengan menyatakan “Nanti kalau jadualnya Siti (Siti Nurhaliza) kosong. Tanya saja sama Siti, kerana dia akan menghadiri pernikahan saya”.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: