Sunday, December 6, 2009

Maia buat lagu untuk anak-anaknya




SETELAH berlakunya perceraian dalam rumah tangga Krisdayanti (KD) dan Anang kini peranan untuk menaikkan KD diambil alih oleh Maia Estianty. Mantan isteri Ahmad Dhani itu bukan sahaja memberi sokongan moral kepada KD tetapi juga menciptakan lagu untuk KD.

Kerjasama antara kedua janda ini dilihat satu usaha untuk menyinarkan kembali bintang KD yang dianggap sedikit malap selepas perceraiannya dengan Anang. Selama ini Anang ialah insan yang menaikkan KD dan menonjolkan bintang yang ada dalam diri Anang.

Semasa ditanya adakah lagu ciptaannya yang bertajuk Kamu Di hatiku Selamanya yang dinyanyikan oleh KD adalah balasan terhadap lagu Anang Separuh Jiwaku Pergi, Maia menafikannya.

Apabila diteliti baik-baik, lagu tersebut seolah-olah balasan terhadap curahan hati Anang dalam lagunya. Bagi Maia, semasa membuat lagu tersebut dia tidak pernah terlintas untuk membalas orang tertentu atau lagu-lagu tertentu.

Maia menjelaskan lagu itu diciptakan untuk tiga orang permata hatinya iaitu AL, El dan Dul yang kini tidak lagi bersamanya. Lagu tersebut menjelaskan bahawa walaupun tidak dapat bersama namun ketiga-tiga anaknya itu tetap berada di hatinya.

1 comment:

  1. assalamualaikum tanter maia.saya nor batrisyia dari malaysia peminat anak2 tanter.picture tanter di atas sungguh cantik loh.risyia harap tanter happy2 selalu.tanter punya suara bagus juga.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: