Sunday, December 6, 2009

Shilpa mahu cepat dapat anak




AKTRESS Bollywood, Shilpa Shetty tidak sabar untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Raj Kundra. Wanita yang baru mendirikan rumah tangga dengan usahawan yang menetap di London itu juga berharap impiannya menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

“Saya betul-betul teruja untuk bergelar ibu. Selepas mendapat suami, sudah pasti saya tidak sabar menunggu kelahiran orang baru di kalangan kami. Tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan, asalkan permata hati kami sihat,” katanya.

Shilpa juga tidak bercadang untuk meninggalkan Mumbai untuk mengikut suaminya. Tuntutan kerja dan urusan syarikat produksi miliknya membataskan dirinya untuk berjalan jauh. Sebab itu, pasangan tersebut mempunyai dua rumah berasingan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: