KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd. semalam melancarkan kad World MasterCard Islamic yang pertama di Asia Pasifik.
Pengurus Besar Perbankan Pengguna Kumpulan Bank Islam, Khairul Kamarudin berkata, World MasterCard merupakan kad kredit paling berprestij dalam rangkaian produk MasterCard.
Katanya, kad tersebut menyediakan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang melayakkan ahlinya menikmati keselesaan yang terbaik dan mewah.
"World MasterCard Islamic ini merupakan reaksi balas Bank Islam terhadap permintaan para pelanggan kami.
"Pada ketika ini keahliannya adalah secara jemputan tetapi dengan peredaran masa dan sekiranya terdapat permintaan, individu yang berminat juga boleh mendaftar dengan kami," kata Khairul pada majlis pelancaran kad tersebut di sini, semalam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengurus Kanan Malaysia dan Brunei, MasterCard Worldwide, Jim Cheah.
Bank Islam menyasarkan pengeluaran 5,000 kad dalam tahun kewangan berakhir pada bulan Jun 2010.
Khairul berkata, pelancaran program kad tersebut mengukuhkan komitmen institusi perbankan Islam itu dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia kepada segmen mewah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: