![]() |
| Jennifer |
DISEBABKAN terlalu sukakan kanak-kanak, pelakon Jennifer Aniston memutuskan untuk mengambil seorang anak angkat warga Mexico. Niat baiknya itu terbit selepas dia melawat sebuah rumah kanak-kanak Casa Hogar Sion yang terletak di Tijuana.
“Sebenarnya, saya dan bekas suami, Brad Pitt pernah menyumbangkan sejumlah wang kepada rumah kebajikan berkenaan. Walaupun sudah berpisah, tidak bermakna saya tidak boleh meneruskan pertolongan ini,” katanya.
Pelakon drama bersiri Friends itu juga tidak kisah untuk menghabiskan masa seharian bergurau senda dengan kanak-kanak di situ.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: