![]() |
| kumpulan sofaz |
TAHUN baru 2010 bakal menjelma tidak lama lagi dan atas semangat serta impian baru yang ingin ditampilkan, stesen radio Suria FM tidak terkecuali untuk bersama mencipta kejayaan di tahun mendatang.
Berusaha mengejar dan mengaut jumlah pendengar mahupun pengiklan yang membanggakan, Suria FM pastinya mampu menzahirkan impian andai aktif mendekatkan diri dengan masyarakat.
Atas dasar itu, stesen radio yang terkenal dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti itu telah pun merangka gerak kerja sepanjang 2010 bagi membolehkan Suria Fm terus mendapat tempat di hati pendengar.
Bermula dengan program jelajah Malaysia menerusi Suria FM Rancak Tour, ia akan dilancarkan 19 Disember ini di Plaza Metro Kajang dan seterusnya pada 20 Disember di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Seramai tujuh artis popular tanah air akan turut serta dalam memeriahkan Suria FM Rancak Tour Disember ini iaitu Mawi, Dayang Nurfaizah, Ameng Spring, Diana Danielle, Marsha, Farawahida dan kumpulan Sofaz.
Sebagai mewujudkan kelainan yang akan melekat di hati pendengar setia Suria FM, program jelajah ini akan membawakan tema-tema tertentu untuk setiap kali sesi jelajah dijalankan.
Bagi sesi jelajah sepanjang Disember ini, ia akan mengambil teman Back To School yang mana semua artis dan penyampai radio akan mengenakan pakaian seragam sekolah.
Selain pakaian seragam sekolah, suasana kembali ke sekolah selepas bercuti panjang itu juga akan dimeriahkan dengan pemakaian pakaian unit beruniform serta pakaian ala-ala guru sekolah oleh kalangan artis.
Apa yang menarik perhatian, selain persembahan artis, Suria FM Rancak Tour tidak terkecuali untuk menghargai para pendengar setia Suria FM dengan kuiz serta permainan yang bakal menyediakan hadiah menarik.
Hadiah-hadiah adalah berupa barangan eksklusif Suria FM di samping hadiah daripada pihak penaja.
Selain itu, sepanjang Disember ini, Suria FM turut menyediakan hadiah menarik untuk direbut oleh kalangan pendengar stesen berkenaan.
Dengan menyertai kuiz mudah yang akan dihebahkan di Suria FM, para pendengar berpeluang memenangi hadiah seperti peluang melancong ke China serta tempat-tempat percutian dalam negara.
Keterangan lanjut mengenai kuiz berkenaan boleh didapati dengan melayari www.suriafm.com.my.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: