Monday, December 28, 2009

'Jangan buat kecoh' - Amaran Ketua Polis Pulau Pinang menjelang tahun baru 2010


AYUB (tengah) bergambar di pekarangan Hotel Hard Rock.

GEORGE TOWN - Jangan cemarkan sambutan malam Tahun Baru 2010 sehingga mengganggu ketenteraman awam atau berdepan dengan tindakan tegas polis.

Amaran daripada Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob itu dibuat berikutan beberapa insiden yang berlaku semasa sambutan perayaan Hari Krismas di Persiaran Gurney di sini baru-baru ini.

Tegas beliau, orang ramai yang menyertai sambutan itu di mana-mana lokasi sekali pun diingatkan supaya tidak cuba menimbulkan sebarang kekecohan sehingga melanggar undang-undang.

"Polis sebenarnya mahu apa sahaja sambutan yang diadakan berjalan lancar, aman tanpa sebarang insiden tidak diingini, tetapi kejadian baru-baru ini amat mengecewakan.

"Justeru, saya berharap mereka yang menyertai sambutan itu mesti tahu batasan mereka dan apa sahaja tindakan perlulah rasional," katanya pada majlis pelepasan konvoi Kembara Komuniti Polis Kontinjen Pulau Pinang di pekarangan Hotel Hard Rock di sini yang disempurnakan oleh Pengurus Besar hotel itu, John Primmer.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: