
di Kuala Lumpur.
![]() |
| KERATAN muka depan Kosmo! |
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan tidak ada pengemis termasuk warga asing yang mengambil kesempatan ke atas pelancong di ibu kota.
Ketua Pengarahnya, Datuk Salleh Yusup berkata, operasi akan dilakukan lebih kerap kerana kegiatan sedemikian hanya akan mencemarkan imej negara.
"Kita akan bertindak dan pastikan warga asing itu tidak terus berkeliaran di situ dan jika terbukti dia masih berkeliaran dia akan dihantar pulang," tegasnya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai seorang warga Itali, Castagner Lorella, 54, yang mendakwa terpaksa menjadi pengemis selepas menjadi mangsa curi baru-baru ini.
Rentetan daripada itu, dia yang terpaksa mengemis di Pasar Seni di sini sejak minggu lalu dan mendapat perhatian di kalangan pelancong asing.
Sementara itu, Lorella hadir ke Kedutaan Itali bagi urusan pasportnya di sini semalam.
Wanita itu hadir ke kedutaan pada pukul 10.30 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai dokumennya yang hilang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: