
TELUK INTAN - Seorang bapa merayu orang ramai untuk membantu keluarganya yang bukan sahaja terpaksa hidup dalam kedaifan di sebuah pondok usang malah salah seorang anaknya menghidap penyakit jantung berlubang.
Muhamad Abdul Aziz, 25, berkata, penyakit jantung berlubang yang dialami anak keduanya, Nursyamimi, 5, sejak lahir kini semakin serius dan kanak-kanak itu sering mengalami sesak nafas terutamanya pada waktu malam sejak akhir-akhir ini.
"Sekarang ini musim hujan yang menyebabkan pondok kami sering dinaiki air. Mahu tak mahu kami terpaksa tidur dalam keadaan basah.
"Keadaan itu menyebabkan tahap kesihatan Nursyamimi semakin merosot. Dia sepatutnya menjalani pembedahan dalam masa terdekat tetapi kami tak mampu membiayai kos perubatannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Jejawi dekat sini semalam.
Tinjauan Kosmo! di rumah Muhamad dan isterinya, Che Zaidah Abu Bakar, 22, semalam mendapati, keluarga itu hanya berteduh di sebuah pondok usang berukuran kira-kira enam meter persegi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: