Thursday, December 10, 2009

Haida kembali lagi

Sudah beberapa tahun Nurhaida tidak muncul dalam acara hiburan kerana tidak mempunyai lagu baru untuk dipersembahkan. Kini penyanyi tinggi lampai ini kembali dengan single baru Melodi Hati.

Single Melodi Hati diterbitkan hasil usaha sendiri. Kini Haida ingin kembali aktif bagi mempromosikan lagu baru ciptaan Indra dan lirik tulisan bersamanya dengan Ahmad Fedtri Yahya.

Haida Hafiz"Barulah saya tahu peritnya menerbitkan album sendiri sebab sebelum ini segala-galanya diuruskan pegawai dalam syarikat rakaman tempat saya bernaung.

"Bukan sahaja berusaha mencari lagu, malah sampul cakera padat pun saya sendiri yang ke kedai mencarinya," kata Haida yang kini ingin dikenali sebagai Haida Hafiz.

Haida HafizHaida sebenarnya sudah lama menanam azam untuk kembali merakam lagu.

Usahanya dua tahun lalu terbantut apabila syarikat baru yang ingin mencuba nasib meneroka bidang muzik membatalkan hasrat itu.

Ia membuatkan usahanya berbincang dengan seorang komposer ternama juga terbantut.

"Akhirnya usaha saya berhasil apabila single ini berjaya disiapkan. Beberapa stesen radio sudah mula memutarkan lagu Melodi Hati," katanya yang mendapat kerjasama suami untuk kembali ke arena muzik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: