Thursday, December 10, 2009

Ditikam di dada, rusuk, bahu selepas kejar penjenayah




MELAKA - Tindakan seorang mekanik, Nasahrudin Ali, 24, mengejar penjenayah yang cuba memecah masuk rumahnya mengundang padah apabila dia mati ditikam di Taman Pahlawan, Sungai Udang di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 4.45 pagi, mangsa sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah sebelum menyedari ada orang cuba memecah masuk ke dalam rumahnya melalui pintu depan.


Ali (kiri) tidak dapat menahan kesedihan dengan kematian anaknya yang mengejar penjenayah.


Dia yang merupakan anak kepada seorang bekas komando tentera kemudian menyergah penjenayah itu sebelum memanjat tembok pagar rumah dan mengejar suspek yang melarikan diri.

Selepas 100 meter mengejar suspek itu, Nasahrudin anak kedua daripada lima beradik itu dipercayai dapat menahan suspek sebelum mereka bergelut di tepi jalan di kawasan perumahan itu.


Fauziah ditenangkan seorang saudara selepas melihat
jenazah Nasahrudin yang maut ditikam penjenayah.


Dalam pergelutan itu, Nasahrudin ditikam beberapa kali oleh suspek di dada, rusuk dan bahunya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: