Thursday, December 10, 2009

Shiela Rusly stres cari idea



Kehebatan pasangan suami isteri, Shiela Rusly dan Azman Yahya (Jinggo) menerajui produksi mereka, JS Pictures dalam menghasilkan drama-drama yang bermutu sememangnya sentiasa dinanti-nantikan penonton. Lihat sahaja buah tangan mereka seperti, Sebuah Ijtihad, Tuhan Pun Tahu, Demi Masa dan yang terbaru Taubat Nasuha pada Aidiladha lalu yang begitu meruntun perasaan dan sarat dengan mesej berguna.

Memandangkan drama mereka sentiasa berjaya mencuri tumpuan penonton, maka tidah hairanlah pasangan suami isteri ini sentiasa bekerja keras untuk menghasilkan drama-drama yang berkualiti. Demi memenuhi kehendak penonton, baik Shiela mahupun Jinggo tidak pernah jemu berkarya sebaliknya sentiasa menggembleng idea dalam mencari kelainan dalam drama-drama terbitan mereka yang seterusnya.

“Penonton sekarang bijak, mereka selalu tunggu apakah kelainan dalam drama saya. Maka kerana itulah saya selalu bekerja keras untuk memastikan drama-drama terbitan saya sentiasa berkualiti serta mendapatkan kepercayaan stesen TV. Sehingga kini saya bersyukur kerana TV3 sentiasa memberi peluang untuk JS Pictures dan kami akan gunakan peluang yang ada untuk bekarya dengan sebaik mungkin.

“Hakikatnya, bukan mudah untuk mencari idea-idea baru dan saya juga pernah tertekan memikirkannya. Tapi bila mengenangkan sambutan penonton, ia membakar kembali semangat saya untuk mencari idea-idea baru. Malah sehingga kini saya dan Jinggo sering berbincang dan mencari formula baru untuk menghasilkan kelainan dalam setiap drama yang akan diterbitkan. Kami tidak boleh berada di takuk yang sama, harus cari kelainan untuk memberikan yang terbaik pada penonton,” katanya yang kini aktif sebagai penerbit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: