|
|
Ahad lepas Niezam buat pendedahan bekas juara Akademi Fantasia Keempat (AF4), Faizal kononnya dah kahwin dengan orang Temerloh senyap-senyap.
Sumber mana yang bagi tahu ni biarlah Niezam rahsiakan tapi kalau singgah di Temerloh tu, memang ramai yang dok bercerita Faizal dah bernikah.
Wanita yang dimaksudkan dikatakan seorang pelakon tambahan filem Momok The Movie yang turut berlakon bersama Faizal.
Rabu lepas Niezam berjumpa dengan Faizal semasa sidang media filem Pulau Asmara. Dalam filem tu Faizal pun berlakon.
Selepas dikorek dan dikorek kisah perkahwinan tu, Faizal tak nak cakap banyak. Dia lebih selesa untuk zip saja mulut dia tu.
"Saya tak nak komen. Saya tak nak kata ya ataupun tidak," katanya.
Ujar Faizal perkara itu agak peribadi. Ada sebab-sebab tertentu dia terpaksa zip mulutnya kerana terpaksa jaga hati banyak pihak.
Cuma Faizal janji jika suasananya sesuai dan ada dua, tiga benda sudah selesai dia akan buat penjelasan mengenai status dirinya sekarang.
"Banyak andaian orang buat mengenai saya. Ada yang kata saya pernah kena tangkap basah dan macam-macam lagi.
"Tapi saya ni tak jahat. Saya percaya, kalau kita buat benda baik, buat apa nak takut?" soalnya yang seolah-olah mengiyakan dia sudah jadi suami orang.
Tapi kan, betul ke ada orang kata perkahwinan Faizal tu mendapat halangan pihak tertentu? Tak apalah Faizal, harap-harap masalah yang Faizal lalui dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: