Sunday, December 6, 2009

Rozita Che Wan risau diserang lagi


Rozita Che Wan


Minggu lepas kawan baik Niezam si Joyah ada menulis kononnya pelakon cantik manis ayu jelita dan bergetah iaitu Rozita Che Wan dikatakan nak kahwin pada tahun hadapan.

Mengikut kata Joyah dalam ruangannya Joyah Spot, orang yang dikaitkan dengan Rozita seorang ahli korporat berjaya.

Hai... betul ke Rozita? Ataupun si Joyah tu yang cemburu sebab sampai tak ada ahli korporat yang jatuh hati kat dia. Yang nak cuma ahli silap mata saja, he he he...

Nak dijadikan cerita malam Isnin lalu si Rozita ada hantar SMS kepada Niezam. Kata Rozita dia terkejut besar tiba-tiba nama dia dikaitkan dengan seorang tokoh korporat.

Dalam SMS tu Rozita minta Niezam jelaskan kepada peminat dia memang tak ada rancangan tak berumah tangga buat masa ini.

“Hai... ahli korporat mana pula nak kahwin dengan saya ni? Nanti ada pula bini-bini dia orang yang mengamuk,” rungutnya.

Niezam tanya lagi buat apa nak kisah kalau tak betul? Yalah... jadi janda meletup kelas satu macam Ita ni memang menjadi buruan orang. Orang cantiklah katakan. Tapi sebenarnya dia takut berlaku kejadian macam beberapa tahun lalu apabila isteri kepada VIP nak pukul dia. Sebabnya isteri VIP tu salah sangka. Dia ingat Rozita mahu rampas suaminya.

“Tak ke “naya” saya kalau isteri-isteri tokoh korporat datang serang saya? Cukuplah sebelum ni saya hampir-hampir nak kena pukul selepas dikaitkan dengan suami mereka. Saya dah serik. Tak nak diserang lagi,” jelasnya.

Yang pasti walaupun sebelum ni macam-macam gosip orang lemparkan terhadap Rozita termasuklah dikaitkan dengan ahli politik terkenal, dia tetap tak kahwin-kahwin lagi.

Kalau ada jodoh, dia janji tak akan sorok daripada pengetahuan peminat. Kepada Puan Sri dan Datin Datin di luar sana, jangan bimbang ya. Suami anda selamat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: