
![]() |
| Susilo |
JAKARTA - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) menyatakan beliau berzikir pada tengah malam bersama keluarga berikutan musibah fitnah yang berlaku terhadap dirinya mengenai skandal Bank Century, lapor sebuah akhbar semalam.
"Saya sungguh prihatin atas musibah dan ujian yang kita alami.
"Di tengah malam, saya berzikir bersama keluarga untuk mengetahui muslihat pembunuhan karakter seperti ini.
"Akal sihat saya menyatakan, perilaku politik seperti ini dalam jangka pendek bertujuan untuk menggoncang, mencemarkan dan boleh menjatuhkan SBY," katanya dengan wajah serius pada perhimpunan Parti Demokrat pimpinannya di Pusat Persidangan Jakarta di sini semalam.
Di Indonesia, Susilo popular dengan panggilan SBY.
Beliau menyatakan demikian berikutan terdapat khabar angin yang mendakwa beberapa rakan terdekat Susilo termasuk anak bongsunya mendapat wang daripada Bank Century.
"Padahal, Allah maha tahu, dan kita tahu, tidak ada satu rupiah pun wang tidak halal yang menjadi sebahagian daripada dana perjuangan parti," tambahnya lagi.
"Pertanyaannya sekarang, relakah kita, dihancurkan saat ini? Saya bersyukur, saya bangga, dan saya berbesar hati bahawa kita ingin menjaga kehormatan dan nama baik parti kita," katanya.
Skandal itu terbongkar selepas pihat berkuasa audit negara tersebut mendapati terdapat pelanggaran peraturan semasa pakej menyelamatkan Bank Century.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: