
SELAIN menyaksikan pengarah terkenal Erma Fatima naik turun pentas beberapa kali di atas kemenangannya menerusi drama Tersasar Di Jalanmu, Anugerah Skrin 2009 (ASK09) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur Jumaat lalu juga memotretkan momen tersendiri.
![]() |
| MISHA dan Bob tidak mengecewakan menerusi lagu Adam Dan Hawa. |
Mana mungkin terpadam daripada ingatan audiens apabila buat pertama kalinya ASK09 yang berkiblatkan Hikayat 1001 Malam itu menampilkan 'gimik' si pengacara, Fara Fauzana duduk di singgahsana yang dihiasi indah pada awal acara.
![]() |
| LAGU Pergi membuatkan ramai penonton terpaku sambil mengenangkan filem buah tangan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime. |
Fara sebenarnya baru pulih daripada melakukan pembedahan lutut sekali gus membuatkan dia tidak mampu untuk berdiri lama. Disebabkan komited dengan tanggungjawabnya, Fara sanggup melepaskan seketika kesakitan yang dialami.
Lantaran itu, pujian harus dilayangkan kepada penyampai radio nombor satu negara, Hot FM itu apabila dia tetap muncul mengemudikan ASK2009 berpasangan buat kali pertamanya dengan Afdlin Shauki.
![]() |
| PERSEMBAHAN bertenaga daripada kumpulan One Nation Emcees. |
Walaupun tema malam itu sememangnya unik, namun ramai yang berpendapat pakaian artis agak caca marba kerana terdesak untuk cuba mengikut tema.
![]() |
| |
Selebriti lelaki paling ketara apabila sukar mencari persalinan yang benar-benar sesuai yang akhirnya ramai dilihat tidak lebih daripada memakai kostum.
Paluan gendang sumbang selepas ASK09 juga tidak hanya kedengaran mengenai pakaian artis, bahkan perjalanan majlis yang agak meleret membuatkan ramai yang mengakui ia agak membosankan.
Mujur beberapa persembahan yang boleh dikira agak unik dan berbeza seperti One Nation Emcees dengan lagu Seribu Satu Malam dan gabungan trio Jaclyn Victor, Black dan Azlan menerusi lagu Sempurna membuatkan penonton teruja.
Lebih daripada itu beberapa penyanyi yang turut menghangatkan pentas persembahan termasuklah Misha Omar dan Bob bergabung vokal mengalunkan keindahan naskhah Cinta Adam Dan Hawa, Hattan dan Tiar dengan lagu Semerah Padi, dan Aizat menerusi lagu Pergi.
Walaupun persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sememangnya ditunggu ramai namun, medley Nirmala dan Ku Percaya Ada Cinta bagaimanapun masih tidak mampu melonjakkan momentum Hikayat 1001 Malam ASK09.
Walaupun neraca timbangan ASK09 bukanlah dianggap yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya, hakikatnya acara itu dilihat tercantum menjadi sebuah nostalgia indah buat sekalian penggiat seni tanah air. Itu kenyataan yang pasti!




No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: